Saturday, March 15, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Keunikan Kek Bulan Junjung

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 SEPT – Perusahaan bakeri, Junjung yang terkenal dan tidak asing lagi dengan kek lapis tradisionalnya yang enak dan bermutu tinggi turut tidak ketinggalan dalam menawarkan kek bulan yang cukup istimewa sempena Pesta Musim Bunga.

    Menurut kenyataan yang diberikan, Kek Bulan Junjung bukan saja istimewa kerana ia dijamin halal 100 peratus malahan ia juga unik daripada yang lainnya kerana menggunakan kek lapis yang dijadikan sebagai kek bulan. Di samping itu, Junjung turut menawarkan kek bulan tradisional.

    Bagi pelanggan yang beragama Islam tidak perlu berasa ragu akan status kehalalan kek bulan yang dihasilkan oleh Junjung.

    Sementara itu bagi yang belum pernah merasakan atau mencuba kek bulan sebelumnya, Junjung memberikan peluang kepada mereka terutama sekali masyarakat Melayu tempatan untuk mencubanya.

    Sambutan yang hangat daripada masyarakat terhadap kek bulan yang dihasilkan Junjung terbukti apabila ia habis terjual beberapa hari sebelum pesta.

    Kenyataan menyatakan, hari pertama dipasarkan pada 5 September, lebih 4,000 kek bulan telah dihasilkan.

    Terdapat dua jenis kek bulan yang ditawarkan Junjung iaitu Snow Skin Moon Layered Cake dan Traditional Baked Mooncake.

    Setiap jenis mempunyai rasa yang beraneka di mana Snow Skin Moon Layered Cake mempunyai enam rasa iaitu Durian, Yam, Chocolate Bite, Strawberry Cheese, Green Tea dan Lemon Pandan Sweet Sour.

    Traditional Baked Mooncake pula terdapat dalam enam jenis rasa lain seperti Salted Egg Yolk, Onde-onde, Black Dates & Walnut, Cheese, Salted Caramel Brownie dan Biscoff.

    Junjung mula memperkenalkan kek bulannya kepada orang ramai pada Pesta Musim Bunga 2017.

    Snow Skin Moon Layered Cake yang dicipta oleh Junjung menggabungkan kek lapis premium Junjung dengan snow skin yang jelas sekali tidak boleh didapatkan di tempat lain.

    Manakala itu, Junjung Traditional Baked Mooncake turut dicipta oleh mereka pada tahun ini yang juga mendapat permintaan yang sangat tinggi.

    Dalam usaha menghasilkan rasa unik dan terbaik kepada pelanggannya, Junjung menggabungkan rasa moden ke dalam kek bulan tradisionalnya yang membuatkannya berbeza dan istimewa berbanding kek bulan tradisional lainnya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda