Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Keunikan kuih tradisi masyarakat nyonya

    Oleh Nurdiyanah R.

    Setiap kaum di mana pun berada pastinya memiliki sentuhan masakan, minuman dan kuih-muih tradisi masing-masing serta memiliki tarikan istimewa yang sekaligus melambangkan nilai identiti golongan tersebut.

    Setiba sahaja perayaan Tahun Baharu Cina, sejenak penulis teringat pengalaman berbicara dengan salah seorang suri rumah warga tempatan yang mengusahakan jualan kuih-muih tradisi Nyonya menerusi platform media sosial.

    Mengimbas kembali detik-detik perbualan santai suatu ketika dahulu bersama insan yang hanya ingin dikenali dengan panggilan Ka Aisah pastinya satu rezeki untuk menjalin silaturahim yang tiada terhingga bersama beliau.

    Insan yang begitu ramah ini ketika ditemu bual, mudah mengukir senyuman pada wajahnya serta tidak kedekut untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan resipi peribadinya khususnya dalam memartabatkan kuih-muih Nyonya yang diwarisinya daripada ibu tersayang yang berketurunan Nyonya dari Malaysia.

    Salah satu kuih-muih tradisi Nyonya yang dikongsikan ialah kuih Ang Ku di mana ia merupakan salah satu kuih tradisi Nyonya pertama yang diketengahkan dalam jualannya secara tempahan dalam talian.

    Chai Kue dimasak secara kukus yang diperbuat daripada adunan tepung beras dan tepung ubi dengan berintikan sengkuang, lobak dan udang kering serta ditabur dengan bawang goreng pada permukaannya.
    Kuih Ang Ku berbentuk bulat kecil serta bujur sehingga berbentuk seperti kulit kura-kura di sebelah luarannya adalah sejenis kuih tradisional kaum Cina popular yang diwarisi secara turun-temurun oleh kaum Baba dan Nyonya.

    Pulu Tai Tai yang enak dimakan bersama inti kaya.

    Jelasnya, kuih Ang Ku berbentuk bulat kecil serta bujur sehingga berbentuk seperti kulit kura-kura di sebelah luarannya adalah sejenis kuih tradisional kaum Cina popular yang diwarisi secara turun-temurun oleh kaum Baba dan Nyonya.

    Kuih ini pada kebiasaannya berwarna merah dan ia memiliki tekstur yang agak kenyal serta melekit apabila disentuh namun ia memiliki rasa yang manis. Ia diperbuat daripada tepung pulut berinti kacang merah, kacang hijau, kelapa dan lain-lain berdasarkan cita rasa mereka. Namun ia juga boleh dipelbagaikan dengan warna-warna pilihan yang lain mengikut cita rasa seseorang. Kebiasannya, ia diletakkan di atas daun pisang.

    Penulis pernah terbaca bahawa menurut masyarakat Cina, bentuk kuih Ang Ku seperti kura-kura dipercayai dapat memanjangkan umur bagi sesiapa yang memakannya. Ia juga boleh membawa nasib yang baik serta kemakmuran.

    Selain itu, Ka Aisah juga turut berkongsi secara ringkas bahawa Chai Kue diperbuat daripada adunan tepung beras dan tepung ubi dengan berintikan sengkuang, lobak dan udang kering. Ia dimasak secara kukus serta ditabur dengan bawang goreng pada permukaannya.

    Sementara itu, salah satu kuih-muih tradisi Nyonya yang pernah dikongsikan oleh beliau ialah Pulu Tai Tai. Antara bahan-bahan asas yang diperlukan untuk menghasilkan kulinari berkenaan ialah beras pulut, santan kelapa asli, air dan garam serta bunga Telang.

    Manakala beras pulut pula perlu direndam dengan air bersih selama lima jam sebelum dibuang airnya. Setelah itu, beras pulut pula harus dikukus dengan santan kelapa asli. Kemudian barulah ditaburkan beberapa kelopak bunga Telang di atas permukaan beras pulut yang dikukus tadi tanpa perlu digaul.

    Setelah beras sudah masak, bunga Telang tadi hendaklah dialihkan dan kemudian barulah digaul sebelum ia sejuk tetapi proses menggaul tidak digalakkan terlalu lama agar warna dari bunga berkenaan dalam keadaan tidak merata. Apabila sudah sejuk, beras pula hendaklah dimasukkan ke dalam penyimpanan khas dan dipotong mengikut cita rasa sukatan masing-masing. Kesudahannya, Pulu Tai Tai ini lebih enak lagi dinikmati bersama inti kaya.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...