Oleh Zulkamal Haji Kamis
Apakah makanan yang sangat mesra jika digambar dan dimasukkan ke dalam media sosial Instagram.
Sebenarnya, semua makanan boleh sahaja dimasukkan ke dalam media sosial dan nampak begitu menyelerakan namun berbeza dalam dengan beberapa makanan ini.
Kenapakah ianya berbeza, jawapannya adalah kerana struktur, reka bentuk, variasi, keunikan dan banyak lagi.
Jenis-jenis makanan ini menurut IDN Times sangat terkenal dan menjadi kegemaran orang ramai untuk dimuat naik ke dalam media sosial Instagram, bukan sahaja nampak menarik namun ianya juga tampak begitu menyelerakan.
Doughnut Milkshake
Hidangan ini disimpan dalam satu cawan berukuran besar dan di dalamnya terdapat pelbagai gabungan makanan seperti donat, aiskirim, pisang, roti, air susu dan banyak lagi. Kelihatan begitu menyelerakan dan adakah anda boleh menghabiskannya?

Mangkuk Kelapa
Lazimnya, selepas sahaja isi buah kelapa diambil, ia akan dibuang begitu sahaja.
Namun kali ini, anda boleh gunakan biji kelapa itu sebagai mangkuk dan sangat sesuai digunakan untuk sarapan pagi anda.
Mangkuk kelapa itu anda boleh isikan dengan aiskrim, potongan buah-buahan segar yang berwarna-warni dan bijirin sarapan pagi yang pelbagai mengikut pilihan anda.
Frozen Banana
Makanan ini sangat mudah dan senang untuk disediakan. Anda hanya memerlukan pisang, batang sate, kekacang (mengikut pilihan anda) dan coklat yang sudah dicairkan (anda juga boleh menggunakan coklat putih). Nampak mudah bukan, malah ia begitu sedap apatah lagi jika dimakan ketika ia masih lagi sejuk dan segar.
Justeru, inilah dia antara makanan yang dianggap paling terkenal dimuat naik ke dalam media sosial Instagram di seluruh dunia. Anda boleh mencubanya sendiri dan menikmati keenakan makanan-makanan tersebut.