NEW YORK – Sebuah taman botani yang besar dihiasi dengan bunga-bungaan, daun-daunan dan karya seni, menggambarkan bukti kehebatan seorang pereka berpengaruh dari Brazil, Roberto Burle Marx.
Selain kehebatan rekaan berkenaan, selekoh dan laluan grafik juga turut menarik tumpuan pelawat-pelawat yang mengunjungi taman tersebut.
Bunga liliy yang eksotik menyerupai dulang-dulang telah disusun diselangi dengan bunyi muzik yang dimainkan oleh warga Brazil sebagai latar belakang taman tersebut telah memberikan suasana yang berlainan.
Segala-galanya boleh dirasai di dalam Taman Botani New York, iaitu sebuah pameran botani yang terbesar.
Pameran tersebut memaparkan reka bentuk landskap moden serta pemuliharaan tanamannya. Para pengunjung juga bakal dihiburkan dengan iringan muzik dan persembahan tarian yang membangkitkan lagi gaya kehidupan masyarakat di Rio de Janeiro. Pameran itu akan dibuka pada 8 Jun sehingga 29 September.


Walaupun ramai yang mendengar mengenai perabot dan rumah moden dalam abad pertengahan ini, tetapi tidak ramai yang pernah melihatnya. Pameran ini juga diadakan sebagai memberi penghormatan kepada pengkarya seni itu.
“RobertoBurle Marx dikatakan arkitek landskap moden paling terkenal di dunia. Beliau dilahirkan pada 1909 dan meninggal dunia pada 1994. Kerjayanya sebagai arkitek landskap bermula pada akhir tahun 1930 dan beliau telah menghasilkan rekaan hampir 3,000 landskap pada bangunan-bangunan institusi sehingga taman-taman di bandar besar,” kata Todd A Forrest, timbalan presiden hotikultur dan koleksi kehidupan yang terdapat di taman itu. Kebanyakan hasil kerjanya telah dibuat di Brazil, namun beliau telah dikenali di seluruh dunia kerana pengaruhnya.
Forrest mengatakan salah satu rekaannya di sini adalah penggunaan corak biomorfik di sebuah laluan pejalan kaki sebagai sebahagian daripada tapak keindahan, dan bukan sekadar tempat laluan. Tambahan lagi, pereka selalu menggunakan unsur seni bina seperti dinding-dinding, menggunakan bahan-bahan seperti konkrit atau keluli.
Burle Marx menyokong dalam penggunaan dan memelihara tumbuhan liar Brazil, mengembara dengan perjalanan yang panjang ke Amazon dan kawasan-kawasan lain yang sering mendahului syarikat pembalakan dan jalan raya. Forrest berkata beliau akan mengidentifikasikan dan menyelamatkan tanaman yang mungkin akan hilang dan membawanya pulang untuk ditanam di tamannya sendiri.
Selain daripada tanaman Brazil, Burle Marx juga pernah menghasilkan tanaman di dunia dengan cara rekaannya yang tersendiri. Rekaannya terkenal dengan reka bentuk tumbuhan tropikal yang menakjubkan,” kata Forrest.
“Beliau mempunyai keperibadian yang hebat. Beliau artis yang hebat dan mereka pelbagai lukisan dan permaidani serta mosaik. Gaya abstrak moden boleh dilihat melalui rekaan lanskapnya. Terdapat deria yang berskala dan drama yang menghubungkan landskapnya ke kawasan landskap yang lebih luas di sekitarnya. Terdapat kekuatan dan keberanian pada rekaannya.
Landskapnya yang digambar dari udara menunjukkan pemandangan yang menyerupai seperti abstrak lukisannya pada era yang sama.
“Kami merancang untuk menanam tanduk rusa jantan dari Afrika dan meletakkannya di dinding. Ia merupakan gaya beliau dan pasti akan meletakkannya di tamannya sendiri,” kata Forrest.
Pameran ini merangkumi sebuah kawasan taman yang luas dan di dalamnya terdapat sebuah rumah yang memaparkan dua dozen tumbuhan termasuk yang ditemui olehnya sendiri dan dinamakan sempena namanya. Selain itu, terdapat juga taman air di luar rumah bersama gabungan bunga teratai Brazil dan bunga tempatan di tengah-tengah tanaman yang mempesonakan.
Turut dipamerkan dalam pameran tersebut ialah sebuah galeri perpustakaan yang mempamerkan hasil kerjanya dalam pelbagai bentuk daripada tahun 50an sehingga 80an. – AP