Dengan jangkaan sambutan ulang tahun Tomorrowland yang ke 15-tahun, festival yang diadakan di Belgium itu mengarahkan artis dari Denmark iaitu Thomas Dambo untuk membina tujuh troll yang terkenal di seluruh dunia di kawasan Schoore, Boom.
Sepertinya pembinaannya sebelum ini di Copenhagen, Korea Selatan dan utara Illinois, makhluk ciptaan baharu yang dibina daripada kayu yang dikitar semula daripada palet, bangunan-bangunan dan pokok-pokok yang jatuh. Kayu yang diukir membentuk hidung geometri dan kaki yang bersaiz manusia, manakala dahan-dahan kayu yang kusut masai dijadikan sebagai bentuk rambut dan janggut.
“Sampah adalah suatu bahan dan ia hanya berguna mengikut apa yang anda ingin hasilkan,” kata Dambo menjelaskannya semasa persidangan mengenai projek tersebut. “Kami boleh mereka bentuk seluruh dunia dengan menggunakan sampah. Kami hanya perlu melihatnya dan selepas itu memikirkannya apa yang harus dibuat.”
Dengan cara ini, saya berharap dapat menarik orang ramai dari bandar-bandar serba moden dan skrin komputer, untuk pergi ke perhutanan dan menghubungkan mereka dengan dunia semula jadi. Saya membina semua arca yang besar daripada bahan-bahan kitar semula untuk menunjukkan potensi dalam bahan yang berharga itu, yang mana sering dibuang dan menjadi ancaman kepada dunia semula jadi.
Dambo juga mengatakan bahawa tujuan beliau untuk membina projek arca yang besar daripada skala manusia adalah supaya para pengunjung akan membuka mata mereka dan melihat kemungkinan dan peluang yang berada di dalam sampah. “Saya berharap seni saya akan memberikan inspirasi kepada semua orang untuk mengitar semula dan menggalakkan mereka untuk menjaga alam semula jadi dan bumi kita,” tambahnya lagi.
Projek yang dikendalikan oleh Dambo dan krunya seramai 15 orang itu memerlukan 25 minggu untuk membinanya. Namun, Dambo bukan sahaja yang mengumpulkan bahan-bahan itu. Beliau juga dibantu oleh 200 penduduk tempatan. “Saya boleh bercita-cita hal-hal yang gila namun sekarang kami sedang membuat sesuatu yang lebih istimewa daripada apa yang saya pernah fikirkan,” kata Dambo.
Waluapun troll itu dibina untuk festival, para pengunjung yang pergi ke kawasan Taman De Schoore juga boleh melihat ukiran yang bersaiz 13 hingga 60 kaki itu, dengan menara pemerhatian yang dibina daripada kayu-kayu pokok. Di Dalam menara itu mempunyai The Holly Troll dan di puncak menara tersebut, anda akan melihat pemandangan yang luar biasa De Schorre dan lain-lain. Pada hari yang cerah, anda boleh melihat pemandangan 25 kilometer jauh dan melihat Atomium di Brussels secara jauh.
“Semasa saya kecil, saya suka mendengar beberapa cerita dongeng dan cerita rakyat dan saya berangan-angan berada di dunia ajaib yang penuh dengan naga-naga dan troll. Semasa remaja, saya mula menulis cerita saya sendiri sebagai penyanyi rap, dengan meletakkan rekod, melawat dan mencipta alam semesta sendiri di mana saya mengongsikan cerita saya, pada projek saya yang terkini, saya menggabungkan kesemuanya. Kitar semula, rap, alam semula jadi dan arca,” kata Dambo.
Projek yang telah dikendalikannya dinamakan sebagai “The seven Trolls and The Magical Tower’ ia merupakan kisah dongeng yang menceritakan melalui arca-arca yang telah dibina dan perkataan yang bersembunyi di dalam hutan, kesemuanya telah dibina dengan menggunakan bahan kitar semula.
“Saya tahu ia seperti keliru, tetapi lihat video saya dan kesemuanya akan masuk akal.” Tambah Dambo lagi. – Agensi.


