Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Keunikan Volkswagen Beetle sebagai hotel

    BILIK tidur hotel yang besar biasanya akan menjadi pilihan utama bagi para pelancong dan menjadi keutamaan syarikatperhotelan.

    Tetapi berlainan di Jordan, pelancong telah memilih salah sebuah hotel di Shoubak, Jordan, kerana ia merupakan satu-satunya hotel yang memiliki bilik paling kecil.

    Pemiliknya, Mohammed Al-Malahim mendakwa bahawa ia merupakan hotel terkecil di dunia. Secara umumnya, ia merupakan Hotel Eh’hausl di Amberg, Jerman, yang berukuran hanya 173 kaki persegi. Ia juga sangat unik kerana hotel itu sebenarnya merupakan sebuah Volkswagen Beetle lama yang ditinggalkan di atas tumpukan batu.

    Di dalamnya dilengkapi dengan cadar buatan tangan dan bantal. Para tetamu hanya perlu membayar sekitar AS$75 (dinar Jordan 40) untuk tinggal di dalam kereta tersebut, yang membuka pintu untuk perniagaan pada 2011 bersama dengan gua yang berdekatannya yang berfungsi sebagai ‘lobi’.

    Mohammed Al-Malahim mendakwa VW Beetle yang digambarkan diatas merupakan hotel terkecil di dunia.
    Stafford dan Taft menikmati sarapan tradisional yang disediakan semasa menginap di hotel tersebut.
    Al-Malahim juga akan menawarkan cenderahati kepada tetamunya.

    “Saya mahu memulakan projek untuk memperbaiki keadaannya dan meletakkannya di peta pelancongan, kerana ia benar-benar memberikan panorama dan pemandangan yang paling indah di rantau ini,” kata warga Jordan berusia 64 tahun itu kepada CNN.

    Sebuah lagi hotel terkenal ialah Hotel Central dan Cafe di Copenhagen, Denmark, yang mempunyai satu bilik double, serta bilik mandi kecil yang mempunyai pancuran mandian.

    Oleh kerana itu adalah ruang kecil, hotel itu tidak membenarkan sebuah keluarga untuk menyewanya kerana tidak ada ruang lantai yang cukup untuk katil-katil lain.Pengunjung akan mendapat akses peti sejuk mini yang dilengkapi di dalam bilik, TV, Wi-Fi dan dua basikal untuk digunakan di sekitar bandar.

    Secara keseluruhan, bangunan itu dianggap salah satu hotel yang terkecil di bandar itu dengan £350 (AS$330/280 euro) setiap malam.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda