PARIS, 23 Feb – Pengeluar kereta Perancis, PSA, pemilik jenama Peugeot dan Citroen, hari ini berkata keuntungan bersih bagi tahun 2016 hampir dua kali ganda ketika kumpulan itu merancang untuk membeli jenama Eropah General Motors, iaitu Opel dan Vauxhall.
Keuntungan bersih bagi tahun penuh melonjak 79 peratus kepada 2.15 bilion euro dengan syarikat gergasi automobil itu berjanji akan membayar dividen pemegang saham buat pertama kalinya sejak 2011, pada 0.48 euro sesaham.
Jika pengambilan alih yang dirancang itu berjaya, itu akan menyaksikan PSA meraih semula kedudukannya sebagai pengeluar kereta kedua terbesar di Eropah selepas kumpulan Volkswagen, Jerman. Kedudukan itu pada masa ini dipegang oleh pengeluaran saingannya, iaitu pengeluar automobil Perancis, Renault.
Keberuntungan meningkat PSA itu diraih di sebalik kemerosotan dalam jualan disebabkan skop penggabungan dan kesan pertukaran asing.
“Dalam suasana yang dicirikan oleh kadar tukaran teruk, pertumbuhan ini dijana oleh jumlah lebih tinggi, harga positif dan kesan bercampur, dan kos tetap dan pengeluaran lebih rendah,” menurut satu kenyataan.
Pengeluar automobil itu juga menambah matlamat tempoh sederhana bagi 2016-2018 dengan bermatlamat bagi margin operasi lebih 4.5 peratus, berbanding dengan sasaran sebelumnya, 4 peratus.
Rancangan pengambilan alih jenama Eropah, General Motors, yang didedahkan minggu lalu, telah mencetuskan kebimbangan di Jerman dan Britain bahawa prospektif pemilik baru akan mengurangkan pekerjaan bagi bukan warga Perancis jika urusan itu diteruskan.
PSA aktif dalam cuba untuk meraih sokongan bagi pemerolehan itu, dengan ketua eksekutif Carlos Tavares pada Rabu lalu mendapat sokongan Canselor Jerman Angela Merkel dan juga mengadakan temu bual melalui telefon dengan Perdana Menteri Theresa May. – AFP