Monday, May 12, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Keuntungan bersih BAE Systems merosot

    LONDON, 25 FEB – Pembuat peralatan ketenteraan Britain, BAE Systems, semalam mengatakan bahawa keuntungan bersih tahunan merosot akibat wabak koronavirus pada separuh tahun pertama.

    Keuntungan selepas cukai merosot 12 peratus kepada hampir £1.3 bilion (AS$1.8 bi-lion) tahun lalu, turun dari £1.5 bilion pada tahun 2019, kata BAE dalam satu kenyataan.

    Namun untung unit penjualan dan operasi mencatat peningkatan, tambahnya.

    “BAE Systems memberikan keputusan yang kukuh dalam menghadapi pandemik global, dengan tempahan, penjualan, keuntungan dari tahun ke tahun yang lebih tinggi,” kata syarikat itu dalam laporan pendapatan.

    “Gangguan berkaitan dengan pandemik mempengaruhi keuntungan pada separuh tahun pertama tetapi separuh tahun kedua adalah lebih kukuh.”

    Keuntungan operasi me-ningkat 1.6 peratus kepada £1.9 bilion. Penjualan meningkat 4 peratus kepada £20.9 bilion, dengan ramalan keuntungan yang hampir sama untuk tahun 2021.

    “Dengan usaha luar biasa pekerja kami dan kerjasama erat dengan pelanggan, pembekal dan pekerja, kami telah memberikan keputusan yang kukuh dengan latar belakang wabak global yang mencabar,” kata ketua eksekutif Charles Woodburn. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda