Saturday, June 10, 2023
27.6 C
Brunei

    -

    Keuntungan bersih Berkshire merosot 53 peratus

    NEW YORK, 1 MEI – Berkshire Hathaway, syarikat pegangan milik jutawan Warren Buffett, melihat keuntungan bersihnya merosot sebanyak 53 peratus dalam suku pertama disebabkan kemerosotan dalam nilai pelaburannya, katanya.

    Pengumuman keluar ketika syarikat bersedia untuk mesyuarat pemegang saham tahunan di Omaha, Nebraska, pada Sabtu, yang pertama secara fizikal sejak meletusnya pandemik COVID.

    Acara itu, digelar ‘Woodstick untuk Kapitalis,’ menarik ribuan pemegang saham dari seluruh dunia untuk mendengar ceramah pelaburan daripada Buffett.

    Kumpulan Berkshire telah menyenaraikan keuntungan bersih sebanyak AS$5.5 bilion, merosot mendadak daripada AS$11.7 bilion berbanding tempoh sebelumnya.

    Keuntungan operasi syarikat milik konglomerat – daripada syarikat insurans kepada pembekal tenaga dan pencuci mulut beku – masih tidak berubah, pada AS$7.04 bilion.

    Kemerosotan dalam keuntungan daripada syarikat insurans ditebus oleh keuntungan daripada sistem kereta api, firma tenaga, pengeluaran, perkhidmatan dan jualan runcit, menurut satu kenyataan daripada Berkshire Hathaway.

    Namun nilai pelaburannya, yang boleh menjadi tidak stabil daripada satu suku kepada suku lain, merosot di tengah kelemahan pasaran tahun ini, justeru membawa kepada kerugian berjumlah AS$1.58 bilion.

    Buffett sering menasihatkan pemegang sahamnya supaya jangan menghiraukan keadaan turun naik keputusan suku, sama ada positif atau negatif.

    Di antara pegangan paling penting Berkshire adalah saham dalam American Express, Apple, Bank Amerika dan Chevron. – AFP

    Seorang wanita melihat skrin yang menyiarkan CEO Berkshire Warren Buffett (kiri) dan naib pengerusi Charlie Munger pada Mesyuarat Pemegang Saham Berkshire di Pusat Kesihatan CHI di Omaha, Nebraska pada 30 April 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Jepun semak semula undang-undang

    TOKYO, 9 JUN - Jepun meluluskan undang-undang imigresen yang membenarkan kerajaan menghantar pulang pencari suaka yang gagal, walaupun mendapat tentangan daripada parti pembangkang dan...
    - Advertisment -