Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Keuntungan bersih Samsung sedikit merosot pada suku kedua

    SEOUL, 31 Julai – Samsung Electronics hari ini berkata keuntungan bersih suku kedua merosot sedikit berbanding setahun sebelumnya, dengan kemerosotan dalam penjualan telefon pintar berkurangan disebabkan permintaan kukuh untuk cip memorinya.

    Pasaran yang lembap untuk telefon bimbit premium dan persaingan sengit menyumbang kepada kemerosotan dalam penghantaran telefon pintar Samsung dan pendapatan berbanding dengan suku sebelumnya, sekali gus menjejaskan telefon pintar Galaxy, kata syarikat Korea Selatan itu.

    Pengeluar cip memori terbesar dunia, Samsung telah bertahan beberapa siri rintangan, termasuk penarikan balik telefon pintar Galaxy Note 7 di seluruh dunia disebabkan bateri meletup pada tahun 2016.

    Menambah kepada masalahnya, naib pengerusi Lee Jae-yong, keturunan keluarga pengasas kumpulan Samsung, dipenjarakan pada tahun lalu atas peranannya dalam skandal rasuah yang menjatuhkan bekas presiden Park Geun-hye.

    Sementara itu, keuntungan bersih untuk tempoh April sehingga Jun berjumlah 11.04 trilion won, lebih rendah daripada 11.05 trilion won dalam tempoh yang sama pada 2017, kata syarikat dalam fail, dan terlepas daripada anggaran 11.6 trilion yang dikumpul oleh Bloomberg News. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    Tidak sengaja