Sunday, July 13, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Keuntungan bersih UBS merosot pada suku tahun kedua

    ZURICH, 21 JULAI – Firma perbankan Switzerland, UBS melaporkan penurunan pendapatan suku tahun kedua pada hari ini ketika ia menambah peruntukan pinjaman dalam ekonomi global akibat pandemik koronavirus.

    Keuntungan bersih merosot 11 peratus dari tempoh bulan April hingga Jun tahun lalu kepada AS$1.2 bilion (1.1 bilion euro), sementara keuntungan operasi turun dua peratus lebih rendah kepada AS$7.4 bilion.

    Bank perlu menjangkakan kerugian pinjaman yang bergantung pada keadaan makroekonomi dan jangkaan mereka sama ada syarikat akan dapat membayarnya kembali, tanpa mengira sama ada ia masih belum melunaskan pembayaran.

    Ekonomi global menghadapi penguncupan yang tidak dijangkakan sejak Zaman Kemelesetan dan beberapa siri kegagalan syarikat.

    UBS menerima bayaran AS$272 juta untuk menangani kerugian pinjaman yang dijangkakan pada suku kedua, se-telah mencatat AS$268 juta pada suku pertama.

    Kerugian perbelanjaan kredit turut menambah kepada penurunan prestasi bank. Tanpa mereka, keuntungan sebelum cukai akan meningkat sebanyak 10 peratus pada suku kedua, dan bukan merosot 5 peratus, menurut UBS.

    Bank enggan menawarkan panduan khusus mengenai pembayaran dividen dan pembelian balik saham tetapi mengatakan ‘hasrat untuk terus membayar lebihan modal dan mengekalkan pulangan modal keseluruhan kepada pemegang saham selaras dengan tahap sebelumnya.

    UBS berkata ia mungkin meneruskan pembelian semula saham pada suku keempat tahun ini bergantung pada perkembangan perniagaan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda