TOKYO, 31 Jan – Canon hari ini berkata keuntungan sepanjang tahunnya susut dengan hampir sepertiga tahun lalu, dengan mengatakan kelembapan adalah punca dalam pasaran yang sedang membangun dan impak yen yang lebih kukuh.
Pengeluar kamera dan mesin salin itu bagaimanapun meramalkan lambungan semula dalam keuntungan bersih bagi tahun ini ketika ia menjangka meningkatnya permintaan bagi peralatan pejabat ekoran kekukuhan di AS dan beberapa ekonomi yang sedang membangun.
Syarikat yang beribu pejabat di Tokyo itu mengatakan dalam satu kenyataan bahawa permintaan bagi pencetak hitam putih merosot ‘disebabkan kelembapan ekonomi berterusan di negara-negara yang sedang membangun’.
Pada waktu yang sama pasaran kamera menyusut, manakala firma itu mengalami kekurangan komponen ekoran gangguan rangkaian bekalan selepas kejadian gempa bumi April lalu di rantau selatan Kumamoto.
Pengukuhan nilai yen berbanding dolar dan euro tahun lalu juga menjejaskan, ujarnya.
Yen yang semakin kukuh adalah negatif bagi para pengeksport Jepun kerana ia menjadikan produk mereka kurang kompetitif di luar negara dan menyusut keuntungan yang dihantar balik.
Unit Jepun bagaimanapun lemah kira-kira 10 peratus berbanding dolar sejak November dengan jangkaan perbelanjaan besar Donald Trump, dasar pengurangan cukai akan mengukuhkan inflasi AS dan kadar faedah juga.
Bagi tahun hingga Disember 2016, Canon telah mencatatkan keuntungan kasar 150.65 bilion yen, menurun 31.6 peratus dari tahun sebelumnya. – AFP