SHANGHAI, 31 Mac – Sistem Penerbangan terbesar di Asia China Southern Airlines hari ini mencatatkan peningkatan 35 peratus dalam keuntungan pada tahun 2016, tetapi mata wang China yang merosot menjejaskan perolehan bagi ‘tiga lagi sistem penerbangan besar’ di negara itu.
Permintaan yang bertambah dijangka mendorong China mengatasi Amerika Syarikat dalam tempoh beberapa tahun sebagai pasaran terbesar di dunia bagi perjalanan udara dalam tahun-tahun mendatang.
China Southern meraih keuntungan 5.05 bilion dalam tahun ini, meningkat 35.0 peratus, yang mengambil kesempatan dari perkembangan berterusan dalam perjalanan domestik dan luar negara oleh para pelancong China sebagai kelas pertengahan China yang menonjol di negara itu.
Penerbangan itu, yang minggu ini mengumumkan pergabungan dengan American Airlines berkata ia dibantu oleh kemerosotan dalam harga minyak sejagat, ketika kos lebih rendah bagi bahan api pesawat udara dan membantu mengimbangi kerugian tukaran asing.
Seperti China Southern, Air China dan China Eastern Airlines juga menyaksikan hasil meningkat ketika ia meluaskan rangkaian laluan domestik dan antarabangsa dan bilangan penumpang mereka yang bertambah, tetapi bagaimanapun ia mencatatkan keuntungan lebih rendah berbanding tahun 2015.

Air China meraih 6.81 bilion yuan bagi tahun ini, menurun 3.6 peratus, manakala keuntungan China Eastern jatuh 0.86 peratus kepada 4.50 bilion yuan.
Ketiga-tiga sistem penerbangan ini mengatakan ia telah meluaskan armadanya dalam tahun 2016 dan namun membayangkan lebih banyak pertumbuhan mendatang dalam pasaran pelancongan China di sebalik kelembapan dalam keseluruhan kadar pertumbuhan ekonomi negara itu.
Air China berkata ia membayangkan ‘perubahan mendalam struktur dalam pasaran penumpang udara China” dalam pernyataan perolehan yang dikemukakan kepada Tukaran Saham Hong Kong, yang mana saham ketiga-tiga sistem penerbangan itu disenaraikan.– AFP
“Walaupun kelembapan pertumbuhan ekonominya, pasaran penerbangan China terus menikmati permintaan mantap dengan potensi pasaran besar,” menurutnya. – AFP