Monday, March 17, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Keuntungan HSBC merudum 69 peratus

    HONG KONG, 3 OGOS – HSBC hari ini melaporkan kemerosotan 69 peratus dalam keuntungan bersih, menyertai beberapa bank besar yang pendapatan mereka telah dihambat oleh wabak koronavirus.

    HSBC mengumumkan perbelanjaan sebanyak AS$3.1 bilion (2.6 bilion euro) berbanding hampir AS$10 bilion dalam enam bulan pertama 2019, ketika ketegangan China-AS juga menjejaskan pemberi pinjaman yang menumpu Asia itu namun berpangkalan di Britain.

    Di samping keputusan HSBC, bank terkemuka Perancis, Societe Generale hari ini mengumumkan kerugian suku kedua lebih satu bilion euro ketika pandemik memaksanya untuk mengetepikan peruntukan ke atas pinjaman lapuk.

    Bank-bank UK, Lloyds dan NatWest minggu lalu semua melaporkan kewangan terjejas juga akibat pandemik.

    Namun buat bank Perancis, BNP Paribas menangkis wabak koronavirus dalam suku kedua dengan hanya kemerosotan kecil dalam keuntungan bersih akibat pertambahan dalam pelaburan perbankan.

    Manakala Credit Suisse menyaksikan lonjakan keuntungan bersih hampir suku dalam tempoh April-Jun juga disebabkan keuntungan pelaburan perbankan. – AFP

    Seorang pejalan kaki memakai penutup mulut dan hidung ketika melintasi cawangan bank HSBC di tengah London pada 3 Ogos. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda