Saturday, April 20, 2024
25 C
Brunei

    -

    Keuntungan Microsoft meningkat 21 peratus

    SAN FRANCISCO, 26 JAN – Permintaan untuk perkhidmatan pengkomputeran awan dan perisian kerja Microsoft membantu meningkatkan keuntungan suku tahunannya sebanyak 21 peratus kerana pandemik itu terus mengekalkan ramai pekerja pejabat sekurang-kurangnya sebahagiannya berada di rumah.

    Syarikat Redmond, kelmarin melaporkan keuntu-ngan fiskal suku kedua sebanyak AS$18.8 bilion.

    Ia mencatatkan hasil sebanyak AS$51.7 bilion untuk tempoh Oktober-Disember, meningkat 20 peratus daripada tahun sebelumnya.

    Dalam panggilan dengan pelabur, Ketua Pegawai Eksekutif, Satya Nadella berkata syarikat itu sedang beralih daripada tempoh permintaan yang didorong oleh pandemik kepada tempoh di mana teknologi digital boleh membantu mengatasi kekangan ekonomi untuk “memacu produktiviti sambil mengekalkan kos rendah.”

    “Bidang lain yang menunjukkan kemajuan adalah permainan video,” kata Nadella. “Di situlah kami telah meningkat dua kali ganda dari segi kategori pengguna kami.”

    Microsoft minggu lalu mengumumkan rancangannya untuk membeli penerbit permainan berprofil tinggi, Activision Blizzard dengan harga AS$68.7 bilion, satu perjanjian tunai yang boleh menjadi pemerolehan teknologi paling mahal dalam sejarah jika ia bertahan dalam penelitian oleh pengawal selia antitrust.

    Ia juga boleh melonjakkan pembuat Xbox mendahului Nintendo untuk menyertai Sony dan Tencent sebagai salah satu daripada tiga syarikat permainan video terbesar. – AP

    Permintaan untuk perkhidmatan pengkomputeran awan dan perisian kerja Microsoft membantu meningkatkan keuntungan suku tahunannya. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...