Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Keuntungan Philips meningkat lebih 30%

    THE HAGUE, 29 April – Syarikat gergasi elektronik Belanda, Philips berkata hari ini keuntungan bersihnya meningkat lebih 30 peratus dalam suku pertama, disebabkan oleh peningkatan dalam jualan produk-produk penjagaan kesihatan mulut termasuk berus gigi elektrik.

    Keuntungan melonjak kepada 162 juta euro (AS$180 juta) dari 124 juta euro pada suku sama tahun lalu ketika prestasi operasi meningkat dan perbelanjaan menurun, sementara jualan keseluruhan melonjak tinggi sekitar 4.2 bilion euro.

    “Kami mempunyai permulaan agak baik tahun ini ketika kami memperoleh jualan pertumbuhan setanding 2 peratus dan pertumbuhan penerimaan tempahan, yang memperkukuhkan lagi pertumbuhan pada 2018,” kata ketua eksekutif, Frans van Houten.

    Terkenal dengan perniagaan lampunya, Philips kini menumpu perniagaannya pada alat perubatan berteknologi tinggi dan perkhidmatan serta produk-produk gaya hidup.

    Philips yang berpangkalan di Amsterdam hebat dalam cawangan kesihatan peribadi, dipacu oleh pertumbuhan berganda dalam perniagaan produk penjagaan kesihatan yang termasuk berus gigi elektrik dan alat flos. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda