SEOUL, 31 OKT – Pengeluar telefon pintar dan cip memori terbesar dunia Samsung Electronics melihat keuntungan bersih merosot sebanyak lebih separuh dalam suku ketiga, katanya hari ini, terjejas oleh kemelesetan berlarutan dalam pasaran cip global.
Keuntungan bersih dalam tiga bulan sehingga September berjumlah 6.29 trilion won, katanya dalam satu kenyataan, merosot 52 peratus tahun-ketahun.
“Pendapatan daripada perniagaan memori meleset apabila harga cip memori meneruskan trend merosot,” kata syarikat.
Firma itu adalah subsidiari Kumpulan Samsung, konglo-merat terbesar yang dikawal oleh keluarga setakat ini dikenali sebagai ‘chaebols’ yang menguasai perniagaan dalam ekonomi ke-11 terbesar di dunia.
Namun dalam beberapa bulan ini ia telah terjejas oleh harga cip merosot tatkala bekalan global bertambah.
Samsung juga menghadapi cabaran daripada perniagaan Amerika Syarikat (AS)-China dan sekatan eksport yang dikenakan oleh Tokyo ke atas bekalan utama sebagai sebahagian daripada perbalahan dengan Seoul berhubung pekerja paksa ketika perang. – AFP
