Keuntungan suku kedua visa meningkat 3.6 peratus

NEW ORLEANS, 1 MEI – Visa kelmarin berkata bahawa keuntungan suku kedua fiskal meningkat 3.6 peratus berbanding tahun sebelumnya, dibantu oleh pertumbuhan dalam pembayaran yang diproses melalui rangkaian syarikat yang sama.

Syarikat yang berpangkalan di San Francisco melaporkan keuntungan sebanyak AS$3.08 bilion, atau AS$1.38 sesaham, dalam tiga bulan berakhir pada 31 Mac. Ini dibandingkan dengan keuntungan AS$2.98 bilion, atau AS$1.31 sesaham, pada tempoh yang sama tahun lalu.

Tidak termasuk kos pelaburan ekuiti, Visa memperoleh keuntungan AS$1.39 sesaham atau 5 sen lebih daripada yang diramalkan oleh penganalisis, menurut FactSet, meningkat 7 peratus kepada AS$5.9 bilion. – AP

Visa berkata keuntungan suku kedua kewangan meningkat disebabkan oleh pertumbuhan dalam pembayaran yang diproses melalui rangkaian syarikat. – AP