FRANKFURT, 26 April – Pengeluar Mercedes-Benz, Daimler hari ini melaporkan permulaan tahun yang lembap, dengan keuntungan suku pertama merosot berbanding dengan tahun 2018 tatkala beberapa masalah membelenggu divisyen yang berlainan.
Keuntungan bersih untuk kumpulan merosot sembilan peratus tahun-ketahun, kepada 2.1 bilion euro, dengan eksekutif menyalahkan jualan kereta yang lebih lembap, isu rangkaian bekalan dan perbelanjaan yang lebih mahal untuk penyelidikan dan pembangunan sebagai sebab-sebab kemelesetan.
Keuntungan operasi, atau asas merosot lebih mendadak, kerugian 16 peratus kepada 2.8 bilion euro, dengan pendapatan hampir tidak berubah pada 39.7 bilion.
“Kami tidak dapat dan tidak akan berpuas hati dengan keadaan ini, seperti dijangka, permulaan sederhana untuk tahun ini,” kata ketua eksekutif bersara, Dieter Zetsche dalam satu kenyataan.
Namun bos kereta itu meninggalkan matlamat tahunan Daimler tidak berubah untuk tahun ini.
Kumpulan yang berpangkalan di Stuttgart itu meramalkan “pertambahan sedikit dalam jualan unit” untuk kesemua keretanya, unit trak dan van akan membantu menambah pendapatan dan keuntungan operasi berbanding tahun 2018.
Melihat pada divisyen berlainan dalam kumpulan, unit jualan berkurangan tujuh peratus untuk kereta Mercedes-Benz dalam tempoh tiga bulan pertama, kepada 555,300 buah kenderaan.
“Perubahan model dan sekatan bekalan di sesetengah pasaran di luar Jerman membantu memperlahankan prestasi, serta persaingan sengit,” kata Daimler. – AFP