Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Kevin Durant kembali benam Phoenix

    LOS ANGELES, 26 APRIL – Kevin Durant menjaringkan 33 mata ketika mencatat kemunculan semula selepas pulih dari kecederaan dan telah terlepas tiga perlawanan tatkala Brooklyn Nets mengukuhkan kedudukan mereka di tempat pertama dalam NBA Eastern Conference dengan kemenangan 128-119 ke atas Phoenix Suns semalam.

    Durant turun dari bangku simpanan pada awal suku kedua dan menunjukkan sedikit berkarat setelah pulih daripada kecederaan paha. Dalam masa 28 minit bermain, Durant membuat 12 daripada 21 lontaran dalam pertembungan semalam antara dua pasukan terbaik di NBA.

    “Ini permulaan yang baik. Semoga saya akan meneruskan permainan ini dan terus maju,” kata Durant.

    Kyrie Irving menjaringkan 34 mata tertinggi buat pasukan. Beliau telah menjaringkan 30 mata untuk kali ke-15 musim ini dan Blake Griffin menamatkan perlawanan dengan 16 mata. Brooklyn Nets kini mendahului Philadelphia 76ers yang berada di tempat kedua dalam kedudukan Eastern Conference.

    Jeff Green dan Joe Harris masing-masing menjaringkan 10 mata untuk Nets, sementara DeAndre Jordan menghasilkan 12 rebound di hadapan 1,700 penonton di arena Barclays Center.

    Devin Booker menjaringkan 36 mata untuk Phoenix, sementara Deandre Ayton menjaringkan 20 mata dengan 13 rebound, ketika Suns tewas dua kali berturut-turut untuk pertama kalinya sejak akhir Januari lalu.

    “Saya fikir kami bermula dengan cukup baik, mereka terus membuat lontaran,” kata Booker. “Saya fikir kami mempunyai banyak kesilapan komunikasi pada pertukaran kami yang menjadi punca kepada kekalahan.”

    Brooklyn beraksi tanpa James Harden yang mengalami kecederaan untuk perlawanan ke-10 berturut-turut. – AFP

    Aksi penyerang Brooklyn Nets, Kevin Durant ketika membuat jaringan menentang Phoenix Suns di perlawanan NBA,

    Kata Kunci

    Popular

    Rencana

    Usia bukan penghalang dua warga emas genggam PHD

    Banduan bolos tiga pencalonan antarabangsa Anugerah IIFA

    Rizky dikecam gara-gara gigi ‘berkarat’

    Berita Berkaitan

    Usia bukan penghalang dua warga emas genggam PHD

    JOHOR BAHRU - Dua warga emas membuktikan usia bukan...

    Banduan bolos tiga pencalonan antarabangsa Anugerah IIFA

    Selepas dua minggu ditayangkan di pawagam, filem aksi Malaysia...

    Rizky dikecam gara-gara gigi ‘berkarat’

    Pelakon Indonesia, Rizky Billar mendedahkan dirinya berdepan kesukaran membersihkan...

    Isnin, 24 November 2025

    Terkini

    Usia bukan penghalang dua warga emas genggam PHD

    JOHOR BAHRU - Dua warga emas membuktikan usia bukan...

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...