Saturday, June 29, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Kevin Jonas disahkan hidap kanser kulit

    Anggota kumpulan Jonas Brothers iaitu Kevin Jonas selamat menjalani pembedahan bagi membuang tahi lalat di bahagian dahinya Selasa lalu.

    Kevin memberitahu dia menjalani pembedahan tersebut selepas dia disahkan menghidap kanser kulit.

    “Saya telah menjalani pembedahan bagi membuang sel basal karsinoma pada bahagian dahi.

    “Ia adalah kanser kulit yang jika dibiarkan boleh merebak dan terpaksa menjalani pembedahan bagi membuang sel tersebut,” katanya memetik laporan mStar.

    Kevin berkongsi mengenai perkara itu menerusi video yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Khamis lalu.

    Penyanyi itu turut menunjukkan kesan pembedahan yang dilakukan dan meminta peminat tidak bimbang akan dirinya.

    Kevin juga turut meninggalkan pesan kepada pengikutnya agar sentiasa melakukan pemeriksaan jika terdapat tahi lalat pada bahagian tubuh.

    “Saya sudah selesai menjalani pembedahan dan kini dalam tempoh penyembuhan.

    “Pastikan awda sentiasa peka dengan tahi lalat yang mungkin menyebabkan punca berlakunya kanser,” ujarnya. – Agensi

    Kevin baru sahaja selesai menjalani pembedahan membuang sel kanser pada bahagian wajah. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China pecat bekas menteri pertahanan

    BEIJING, 28 JUN - Bekas menteri pertahanan China, Li Shangfu telah dipecat daripada Parti Komunis yang memerintah kerana menyebabkan ‘kerosakan besar kepada puncanya’ melalui...