Tuesday, July 2, 2024
25.6 C
Brunei

    -

    Kewajipan menghadap kiblat ketika sembahyang

    Sembahyang merupakan perkara yang biasa kita lakukan dalam hidup seharian. Sama ada sembahyang fardhu ataupun sembahyang sunat.

    Segala rukun, syarat dan cara mengerjakan sembahyang telah pun kita ketahui dan mudah untuk dilaksanakan termasuk perkara menghadap kiblat.

    Namun kadang-kadang masih juga timbul beberapa persoalan yang memerlukan penjelasan. Umpamanya perkara menghadap kiblat ketika mengerjakan sembahyang dalam keadaan-keadaan yang bukan biasa seperti ketika berada di atas kenderaan, dalam kapal terbang, di atas kapal laut, di atas perahu dan seumpamanya.

    Ada orang yang menganggap perkara menghadap kiblat ketika sembahyang dalam keadaan tersebut tidak wajib. Malah ada yang berfahaman, memadai menghadap kiblat itu ketika mengangkat takbiratulihram sahaja.

    Maka pada keluaran kali ini dijelaskan tentang tuntutan menghadap kiblat ketika mengerjakan sembahyang dan cara menentukan arah kiblat.

    Foto Canva

    Kiblat dari segi bahasa bererti arah dan dari segi syara‘ pula ia bermaksud Ka‘bah yang terletak di Masjidil Haram Makkah.

    Dinamakan ia sebagai kiblat kerana orang yang mengerjakan sembahyang menghadap ke arahnya. Menghadap kiblat merupakan syarat sah sembahyang.

    Tuntutan menghadap kiblat tsabit dalam al-Qur’an dan hadits Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala yang tafsirnya:

    Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang), maka hadapkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram (Ka‘bah).

    (Surah al-Baqarah: 150)

    Diriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma, beliau berkata yang maksudnya:

    Ketika Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam masuk ke Baitullah (Ka‘bah), Baginda berdoa di setiap arah. Baginda tidak mengerjakan sembahyang sehinggalah Baginda keluar daripadanya. Ketika Baginda keluar, Baginda mengerjakan sembahyang dua rakaat di hadapan Ka‘bah. Lalu baginda bersabda: Inilah kiblat.

    (Hadits riwayat al-Bukhari)

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jangka hayat Australia menurun buat kali pertama

    CANBERRA, 2 JULAI - Jangka hayat Australia turun buat kali pertama dalam hampir 30 tahun semasa pandemik COVID-19, dedah satu laporan kerajaan. Institut Kesihatan dan...