Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Kewartawanan dalam tawanan dunia digital

    KUALA LUMPUR, 5 MEI – Penga-mal media diingatkan supaya menyesuaikan diri kepada perubahan yang dibawa oleh revolusi internet dalam era pendigitalan, kata bekas ketua pegawai eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) Datuk Yong Soo Heong.

    Bercakap sebagai ahli panel dalam BERNAMA TV: The Brief hari ini sempena Hari Kebebasan Akhbar Sedunia, beliau berkata pendigitalan turut menyebabkan pengguna mengubah tabiat mereka dalam mendapatkan berita terkini, iaitu helaian surat khabar kini semakin menipis atau kurang dicetak.

    “Selain itu, kita turut melihat kemunculan semakin banyak laman web berita sementara ramai individu kehilangan pekerjaan ekoran hasil pengiklanan yang menerima impak daripada kemunculan syarikat-syarikat digital besar. Oleh sebab itu, pengamal media perlu beradaptasi kepada perubahan-perubahan ini dan mencari jalan untuk menangani serangan digital tersebut,” katanya.

    Bagaimanapun, Yong, yang juga bekas ketua pengarang Bernama berkata, ia akan mengambil masa untuk menentukan apakah perubahan sebenar yang dibawa oleh pengaruh pendigitalan dalam industri media. 

    Sementara itu, beliau menekankan, mereka yang terlibat dalam industri media berita tempatan perlu berhati-hati dalam laporan mereka dan berusaha untuk menyampaikan mesej daripada mana-mana pihak setepat mungkin, bagi memastikan kedudukan media tidak dipengaruhi secara negatif. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...