Selepas terpalit dengan kontroversi kes buli Mac lalu, agensi KeyEast mengambil keputusan untuk menamatkan kontrak eksklusif pelakon Ji Soo (gambar).
Menerusi kenyataan rasmi agensi tersebut keputusan itu dibuat selepas mereka berbincang secara baik.
Mereka juga akan melakukan yang terbaik bagi menyelesaikan tuntutan ganti rugi yang diminta oleh produksi River Where The Moon Rises disebabkan kontroversi yang berlaku.
“Untuk maklumat, kontrak eksklusif dengan pelakon agensi kami iaitu Ji Soo telah ditamatkan. Kami memahami keadaan Ji Soo buat masa kini.
“Kami juga menghormati niat pelakon itu untuk tidak menimbulkan kemudaratan lebih banyak lagi kepada agensi ini. Selepas berbincang, kami buat keputusan bersama untuk menamatkan kontraknya.
“Mengenai tuntutan undang-undang daripada produksi terbabit yang sedang dalam proses, kami akan melakukan yang terbaik hingga semuanya dapat diselesaikan,” tulis kenyataan tersebut.
Sebelum ini, Ji Soo dituduh melakukan jenayah buli selepas seorang warganet mengaku rakan sekolahnya pernah menjadi mangsa buli.
Individu berkenaan memberitahu beliau merupakan teman sekelas Ji Soo pada tahun 2006 sehingga 2008 dan mendakwa aktor itu seorang pelajar nakal dan sering membuli pelajar di sekolah. – Agensi