Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Keys dahagakan lebih banyak kemenangan

    MELBOURNE, 25 JAN – Madison Keys hari ini berkata, dia adalah individu yang berbeza daripada yang pernah tewas pada separuh akhir Terbuka Australia pada 2015 dan kini lebih bersedia untuk pergi lebih jauh.

    Pemain Amerika Syarikat (AS), Keys, yang berada di ranking ke-51, berjaya menewaskan dan membuat satu kejutan terbesar dengan menewaskan juara Terbuka Perancis serta pemain pilihan keempat iaitu Barbora Krejcikova dengan keputusan 6-3, 6-2 di Rod Laver Arena dan mara ke kelompok empat terakhir.

    Hadiah baginya ialah bertembung dengan salah seorang pemain nombor satu dunia, Ashleigh Barty atau rakan senegaranya juga seorang pemain pilihan ke-21, Jessica Pegula untuk menempah tempat dalam pusingan akhir.

    Kali terakhir Keys berjaya mara sejauh ini di Melbourne Park adalah semasa dia berusia 19 tahun dan berdepan dengan Serena Williams, yang kemudian berjaya memenangi kejohanan.

    “Saya ingin katakan bahawa ia rasa berbeza kerana saya sekarang tujuh tahun lebih tua dan ia bukanlah perlawanan separuh akhir pertama saya dalam Slam ini,” katanya.

    “Saya merasa sedikit bersedia kali ini berbanding tahun-tahun yang lalu.

    “Ia juga situasi yang sangat berbeza, masa dan individu, kesemuanya. Saya fikir awda akan mengambil pengalaman yang ada dari saat-saat itu dan awda cuba menerapkannya, tetapi awda juga tahu bahawa ia akan menjadi cabaran yang sama sekali berbeza.”

    Keputusan pada 2015 itu telah membantu dia memasuki tempat 10 teratas. Dia pernah menjadi peserta pusingan akhir 2017 di Terbuka AS dan berjaya mara menjadi empat terakhir di Roland Garros setahun kemudian.

    Tetapi dia mengharungi 2021 yang mengecewakan, dengan memenangi 11 perlawanan sepanjang musim, penanda yang cuba disainginya dalam tempoh kurang sebulan memasuki musim baharu selepas memenangi acara pemanasan badan di Adelaide.- AFP

    Reaksi Madison Keys ketawa semasa temu bual selepas menewaskan Barbora Krejcikova pada suku akhir mereka pada kejohanan Terbuka Australia di Melbourne, 25 Januari. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...