Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kezaliman di Gaza harus dihentikan sepanjang Ramadan

    RIYADH, 11 MAC – Negara-negara Timur Tengah mengumumkan permulaan bulan suci Ramadan hari ini, dengan raja Arab Saudi menggunakan kesempatan itu untuk menyeru supaya ‘jenayah kejam’ dihentikan di Gaza yang dibelenggu perang.

    Arab Saudi berkata melalui agensi berita rasmi, SPA semalam, Mahkamah Agung telah mengumumkan ‘Isnin, 11 Mac 2024, permulaan bulan Ramadan yang penuh keberkatan untuk tahun ini’.

    Bercakap sebagai penjaga dua kota paling suci umat Islam, Raja Salman mengucapkan terima kasih dalam perutusan Ramadannya pada petang kelmarin atas ‘rahmat yang dikurniakan kepada kerajaan Arab Saudi’, tetapi menyatakan perang di Gaza akan menyurami suasana dan pengalaman umat Islam sepanjang bulan Ramadan.

    “Ketika kami menyaksikan ketibaan Ramadan tahun ini, hati kita penuh dengan kesedihan atas penderitaan berterusan saudara-saudara kita di Palestin yang berdepan dengan pencerobohan tanpa henti,” katanya.

    “Kami menyeru masyarakat antarabangsa untuk menjalankan tanggungjawab mereka dan menamatkan jenayah kejam ini serta memastikan penubuhan koridor kemanusiaan dan bantuan selamat,” tambahnya.

    Ramadan adalah salah satu daripada lima rukun Islam.

    Selepas anak bulan sabit dilihat, Emiriah Arab Bersatu dan Qatar juga mengumumkan permulaan Ramadan yang jatuh mulai hari ini melalui saluran berita rasmi mereka. – AFP

    Salah seorang kakitangan Arab Saudi ditugaskan untuk merukyah anak bulan Ramadan 1445H, di bandar Hautat Sudair, selatan Saudi, pada 10 Mac. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda