Oleh Pg Fairol RMF
BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Mei – KFC Brunei membawa balik produk kegemaran ramai KFC Golden Egg Crunch yang hanya boleh didapati pada masa-masa tertentu.
KFC Golden Egg Crunch dengan cita rasa telur masin dan ayam goreng, dihasilkan dari ayam segar yang diselut dengan campuran Hot and Spicy yang sempurna serta dicampur aduk dengan telur masin bersama daun basil dan kari menjadikan aroma dan rasanya yang sedap.
“Keunikan KFC Golden Egg Crunch disediakan secara unik. Kami gembira pelanggan Brunei menyukainya dan gembira melancarkan semula produk yang mana rasa tidak dapat ditolak,” kata Pengurus Besar KFC Brunei, Ooi.
KFC Golden Egg Crunch boleh didapati sama ada dua ketul atau tiga ketul ayam hidangan kombo. Setiap hidangan didatangkan dengan coleslaw dan ubi kentang berkisar serta minuman perisa mangga.
