Saturday, May 10, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    KFC perkenal Burger Banjir

    Oleh Ak Zaki Kasharan 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 OKT – KFC Brunei terus komited untuk memberikan hidangan yang inovatif menerusi pelbagai menu yang ditawarkannya, terutamanya membawakan pembaharuan kepada barisan burger sedia ada seperti KFC Burger Banjir yang baru saja diperkenalkan.

    Burger baharu itu mengetengahkan patty yang disaluti sos BBQ panggang yang meleleh selain lapisan mayones dan daun salad yang segar, menurut kenyataan yang dikeluarkan KFC Brunei.

    Burger berkenaan tersedia secara eksklusif di semua cawangan KFC di seluruh negara, untuk masa yang terhad sahaja, dan boleh didapati dalam pilihan ala carte, kombo atau Box Meal.

    Burger Banjir yang akan ditawarkan dalam masa terhad. – Gambar serahan KFC Brunei

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda