Oleh Siti Nur Wasimah S.
BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Okt – KFC Brunei kini menampilkan promosi terbarunya ‘KFC Spicy Sawadee Crunch’ yang menggabungkan rasa hidangan Thai yang unik.
Hidangan ini menampilkan ayam ‘KFC Hot & Spicy’ yang dicampurkan dengan herba dan rempah ratus Thai.
Menurut wakil Pemasaran KFC Brunei, Jaymee Lau dalam kenyataan yang diberikan, hidangan ini memang dikenali ramai dan begitu sesuai dengan cita rasa penduduk di negara ini. Gabungan Thai dan ayam ‘KFC Hot & Spicy’ memberikan hidangan ini lebih bermakna dan unik.
‘KFC Spicy Sawadee Crunch’ boleh didapati dengan dua ketul atau tiga ketul ayam dalam hidangan kombo, yang masing-masing turut disediakan dengan coleslaw dan kentang putar serta minuman.