Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    KFOR NATO kekal komited di Kosovo

    BRUSSELS, 18 JUN – Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) hari ini menggariskan komitmen yang ‘tidak berbelah bahagi’ terhadap Pasukan Pengaman Kosovo (KFOR) terhadap tugasnya di Kosovo semasa ketegangan dan tekanan meningkat ke atas Serbia berhubung penahanan tiga pegawai polis Kosovo.

    “Komitmen KFOR NATO terhadap pelaksanaan mandatnya adalah tidak berbelah bahagi, seperti yang ditunjukkan oleh penempatan tambahan 500 tentera baru-baru ini,” kata jurucakap perikatan Oana, Lungescu.

    “Kami sekali lagi mengingatkan semua pihak tentang kewajipan mereka kepada KFOR, termasuk menghormati Garisan Sempadan Pentadbiran, prosedur untuk Polis Kosovo dan Perjanjian 2013 mengenai penempatan Pasukan Keselamatan Kosovo ke utara,” tulisnya di twitter.

    KFOR NATO telah meningkat kepada lebih 4,000 tentera selepas batalion tambahan 500 orang dari Turkiye dihantar ke Kosovo dua minggu lalu, berikutan pertempuran dengan penunjuk perasaan etnik Serb pada akhir Mei yang mencederakan 30 anggota pengaman.

    Batalion NATO tambahan berada dalam keadaan berjaga-jaga untuk ditempatkan ke Kosovo jika diperlukan.

    Di samping itu, Serbia juga telah menahan tiga pegawai polis Kosovo pada Rabu lalu.

    Kerajaan Kosovo menyifatkannya sebagai penculikan dan sebagai ‘langkah keselamatan,’ melarang semua trak Serbia memasuki wilayahnya.

    Amerika Syarikat telah mendesak Serbia untuk membebaskan pegawai polis tersebut.

    Washington dan Brussels kedua-duanya menggesa supaya ketegangan dapat diredakan. – AFP

    Gambar freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda