Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    KGF Yash jumpa peminat Malaysia

    Pelakon terkenal India, Yash yang menempa nama dalam filem blockbuster KGF bakal bertemu peminatnya di Malaysia dalam satu majlis yang akan diadakan di ibu negara pada 8 Julai depan.

    Beliau diundang sebagai tetamu khas pada majlis pelancaran MS GOLD, butik emas kedua milik syarikat Malik Streams Corporation Sdn Bhd di Jalan Masjid India di sini.

    Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu, Datuk Abdul Malik Dasthigeer, berkata kehadiran pelakon Yash atau nama sebenar Naveen Kumar Gowda sudah pasti akan memberikan kesan positif terhadap pembukaaan kedai baharunya yang mempamerkan koleksi emas eksklusif dan elegan.

    “MS GOLD membuka tirai di Jalan Masjid India dengan pembukaan kedai pertama pada 1 April 2023 dan kami membuat keputusan membuka kedai kedua di lokasi sama hasil sambutan menggalakkan para pembeli,” katanya dalam kenyataan.

    Yash yang mempunyai 14 juta pengikut di lnstagram, 1.3 juta di twitter dan 8.5 juta di Facebook, memulakan karier sebagai pelakon India sekitar 2004 dan menempa nama besar melalui filem KGF Chapter 1 sekitar tahun 2018.

    Dalam pada itu, Abdul Malik, berkata MS GOLD menawarkan diskaun eksklusif bagi setiap pembelian di cawangan kedua kedai berkenaan.

    “Setiap pembelian emas yang dengan nilai tertentu akan diberikan percuma gelang kaki perak, manakala bagi setiap pembelian berlian dengan nilai tertentu akan diberikan percuma 1 gram syiling emas,” katanya.

    MS GOLD turut menawarkan diskaun menarik bagi upah untuk setiap pembelian dan menambah tawaran berkenaan akan bermula pada 8 Julai. – Bernama

    Yash yang menempa nama dalam filem blockbuster KGF bakal bertemu peminatnya di Malaysia. – The Star
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda