Saturday, February 22, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Khabar angin Lisa Blackpink sedang hamil tidak benar

    Khabar angin anggota kumpulan Blackpink iaitu Lisa sedang hamil ternyata tidak benar apabila pereka fesyen terkenal dari Thailand mendedahkan ukuran pinggang terbaharu penyanyi berkenaan.

    Memetik laporan Wowkeren, pereka fesyen yang dikenali sebagai Moo Asava juga merupakan penata gaya Lisa untuk muzik video lagu Lalisa memberitahu ukuran pinggang penyanyi itu hanya sekitar 22 inci.

    Pun begitu, ukuran pinggang Lisa dikatakan menyusut ketika menghadiri acara The Korean Banquet yang diadakan di Istana Buckingham pada November lalu.

    Perubahan ukuran pinggang itu membuatkan pengarah fesyen Elle Thailand, Nanist terpaksa menggantikan gaun yang dipakai Lisa di acara tersebut.

    Dengan kenyataan yang dikongsi oleh pereka fesyen dan pengarah fesyen dari Thailand itu, ia sekali gus menafikan dakwaan bahawa penyanyi lagu Money itu sedang berbadan dua.

    Sebelum ini, media Tiongkok mendakwa Lisa sedang hamil anak kekasihnya iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Tag Heuer, Frederic Arnault.

    Menerusi laporan dibuat, sumber mendakwa Lisa menunjukkan tanda-tanda penambahan berat badan dengan wajahnya yang semakin bulat serta perut yang menonjol.

    Selain itu, sumber juga memberitahu Lisa dilihat menutupi perutnya dengan tangan pada acara makan malam sehingga menimbulkan curiga ramai. – Agensi

    Lisa sebelum ini didakwa sedang hamil anak pertama. – Hmetro
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda