PARIS, 4 JUN – Karen Khachanov mara bagi saingan suku akhir Grand Slam pertamanya selepas menewaskan Juan Martin del Potro 7-5, 6-3, 3-6, 6-3 di Roland Garros.
Pemain pilihan ke-10, Khachanov merupakan pemain Rusia pertama untuk mara ke lapan pemain terakhir di Paris sejak Mikhail Youzhny pada tahun 2010.
Pemain berusia 23 tahun itu akan berdepan pemain pilihan keempat dari Austria, Dominic Thiem, pemenang kedua pada final 2018, bagi merebut slot separuh akhir.
“Ia adalah perlawanan terbaik saya di Grand Slam,” kata Khachanov, kelihatannya menyukai ibu negeri Perancis setelah memenangi Paris Master pada tahun lepas.
Khachanov meledakkan 57 mata kemenangan mengatasi Del Potro, dengan kemenangan itu mengesahkan Khachanov tempat dalam 10 kedudukan teratas dunia. – AFP
