Penyanyi Khai Bahar mengakui trauma dan fobia apabila kepercayaan diberikan kepada sahabat diakhiri dengan pengkhianatan.
Menurut Khai atau Muhammad Khairul Baharuddin, 31, dia tidak pernah memilih kawan, namun pengalaman lalu membuatkan dia lebih berhati-hati dalam pergaulan.
“Semestinya pernah ditikam belakang oleh rakan sendiri, tetapi saya tidak mahu salahkan mana-mana pihak.
Saya juga tidak mahu beritahu siapa, tetapi kalau perkara itu berlaku, saya akan berterus terang kepada individu itu untuk selesaikan masalah.
“Sebagai peringatan, nak berkawan itu biarlah berpada-pada. Jangan terlalu banyak berkongsi walaupun dia merupakan kawan baik kita.
Sehingga sekarang saya masih trauma dengan kejadian tersebut,” katanya kepada mStar. – Agensi
