Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Khai Bahar kongsi rezeki dengan peminat

    Enam tahun mencipta nama hingga mampu menggenggam trofi, penyanyi, Khai Bahar tidak pernah melupakan peminat yang dianggap keluarga besarnya.

    Justeru, Khai menganjurkan majlis apresiasi khas bagi meraikan peminat yang menjadi tulang belakang dirinya dalam memacu karier seni.

    Selepas hampir dua tahun tidak menganjurkan majlis bersama peminat akibat penularan pandemik COVID-19, penyanyi yang pernah mendapat jolokan King Of Smule itu meraikan pengikut pada majlis bertemakan adiwira, baru-baru ini.

    Tampil dengan imej Dr Strange, Khai bagaimanapun tidak memaksa peminat tampil mengikut tema kerana memahami kekangan bajet segelintir daripada mereka.

    Istimewanya, majlis makan malam yang dihadiri hampir 300 peminat ditaja Khai sendiri.

    Khai bakal melancarkan single duet baharu bersama seorang vokalis wanita, tidak lama lagi. – Agensi

    “Ini semua adalah rezeki peminat, jika tidak disebabkan mereka, saya bukanlah sesiapa dalam industri seni ini.

    “Oleh itu, majlis menghargai peminat sudah menjadi aktiviti wajib saya bersama mereka, setiap tahun. Ini kali keempat saya mengadakan majlis seperti ini.

    “Bagi saya, tanpa sokongan peminat, tidak mungkin saya dapat mengecapi apa yang dimiliki sekarang. Saya memang menjaga hubungan dengan mereka,” katanya.

    Selain majlis makan malam, jejaka kelahiran Kampung Padang Katong, Kangar, Perlis itu akan memastikan berkumpul dengan peminat pada majlis hari raya, setiap tahun.

    Ini supaya peminat yang terlepas boleh memilih acara mengikut kesesuaian masa memandangkan Khai mempunyai hampir 3,000 peminat berdaftar.

    Undangan juga tidak terhad kepada peminat di Malaysia, malah dari Indonesia, Filipina, Singapura dan Thailand.

    Bagi menghargai peminat, Khai turut meminta mereka memberi pendapat terhadap lagu baharu pilihannya.

    Sementara itu, berkongsi perkembangan kerjaya seninya, Khai atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Baharuddin berkata, dia bakal melancarkan single terbaharu, tidak lama lagi. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda