Wednesday, March 19, 2025
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Khai Xing-Aaron fokus perbaiki tiga pukulan pertama

    KUALA LUMPUR, 18 MAC – Juara beregu lelaki Kejohanan Badminton Remaja Dunia (WJC) 2024, Kang Khai Xing-Aaron Tai, akan fokus kepada memperbaiki aspek tiga pukulan pertama susulan prestasi hambar pada dua kejohanan di Eropah, baru-baru ini.

    Khai Xing-Aaron tersingkir seawal pusingan pertama pada Terbuka Jerman 2025 kepada wakil Amerika Syarikat, Zhi Yi Chen-Presley Smith, 21-19, 21-18 dan mengalami nasib serupa apabila tumpas kepada pasangan China, Liang Wei Keng-Wang Chang, 21-13, 22-20 pada Masters Orleans 2025.

    Selain memperbaiki aspek tiga pukulan pertama, Khai Xing berkata Ketua Jurulatih Beregu Lelaki Malaysia, Herry Iman Pierngadi juga menuntut mereka mengurangkan pukulan lambung di atas gelanggang.

    Walaupun cuba menerapkan taktik permainan direncanakan Herry di Eropah, Khai Xing mengakui mereka masih lagi bergelut mengadaptasi dengan corak permainan baharu tersebut hingga tidak dapat menjelmakan prestasi diingini oleh mereka.

    “Prestasi kami kurang memuaskan dan perancangan permainan tidak mencapai tahap 100 peratus. Kami cuba menggunakan strategi yang kami berlatih sebelum ini, tetapi kurang menjadi kerana kami juga baru mengikuti program latihan Herry.

    “Mungkin, ia akan mengambil masa sedikit kerana kita pun tidak biasa lagi dengan program latihan Herry. Sebelum ini kami jarang berlatih tiga pukulan pertama namun kami perlu biasakan dahulu,” katanya kepada pemberita selepas sesi latihan di sini hari ini. – Bernama

    Kang Khai Xing dan Aaron Tai ketika beraksi di Asian Junior Championships, di Yogyakarta, Indonesia. – ANN/The Star
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda