Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Khairy: Cacar monyet di S’pura libatkan rakyat M’sia

    KUALA LUMPUR, 8 JULAI – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan kes cacar monyet membabitkan seorang rakyat Malaysia yang menetap di Singapura, kelmarin.

    Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata lelaki berusia 45 tahun itu berada di Johor Bahru pada 11 dan 12 Jun dan melancong ke Pulau Pinang pada 17 Jun hingga 20 Jun lepas. Beliau berkata, lelaki berkenaan sekali lagi ke Johor Bahru pada 2 dan 3 Julai, serta sudah mempunyai gejala pada waktu itu.

    “KKM sudah mengadakan siasatan terhadap individu itu yang memberi kerjasama secara sukarela maklumat mengenai kontak rapat.” – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda