Sunday, May 11, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Khaldoon hentam berita jual Aguero

    LONDON, 31 Mei – Pengerusi Manchester City, Khaldoon Al Mubarak menegaskan bahawa laporan-laporan bahawa Sergio Aguero mungkin dijual adalah tidak munasabah kerana penyerang Argentina itu kekal menjadi pemain utama bagi kelab Liga Perdana itu.

    Aguero kehilangan tempatnya dalam kesebelasan utama Pep Guardiola berikutan ketibaan pemain muda sensasi Brazil, Gabriel Jesus pada bulan Januari.

    Pemain berusia 28 tahun itu, yang telah menjaringkan 122 gol liga dalam 181 kemunculan sejak menyertai kelab dari Atletico Madrid pada 2011, kembali dalam pasukan susulan kecederaan Gabriel dan menamatkan musim sebagai penjaring terbanyak City.

    Namun itu tidak menghentikan khabar angin mengenai masa depannya, dengan Chelsea, Manchester United dan Real Madrid semuanya dikaitkan dengan bintang itu, tetapi Khaldoon menyatakan bahawa Aguero terlalu penting untuk dilepaskan.

    “Saya telah membaca banyak spekulasi mengenainya dan ia tidak munasabah,” kata Khaldoon di laman sesawang City.

    Gambar fail pada 1 Februari 2017 menunjukkan penyerang Manchester City, Sergio Aguero dan Yaya Toure dalam aksi Liga Perdana menentang West Ham. Pengerusi Man City menyatakan khabar angin penjualan Aguero tidak munasabah. – AP
    Gambar fail pada 1 Februari 2017 menunjukkan penyerang Manchester City, Sergio Aguero dan Yaya Toure dalam aksi Liga Perdana menentang West Ham. Pengerusi Man City menyatakan khabar angin penjualan Aguero tidak munasabah. – AP

    “Sergio Aguero merupakan antara pemain terbaik dunia dan kami adalah pasukan yang mahu memenangi semua kejohanan yang kami harungi.

    “Mempunyai Sergio Aguero dalam skuad adalah satu kemestian dan ia tidak diragui.”

    Khaldoon berharap pemain tengah Ivory Coast, Yaya Toure akan diberikan kontrak baru kerana kontraknya dijangka mansuh bulan depan.

    “Pep menaruh kepercayaan kepadanya dan saya harap Yaya akan kekal serta meneruskan perjuangan ini bersama kami,” katanya.

    Guardiola merancang untuk merombak skuadnya dan sudah mengumumkan pemergian beberapa pemain utama seperti Pablo Zabaleta, Gael Clichy, Bacary Sagna, pemain sayap Jesus Navas dan penjaga gol Willy Caballero. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda