Thursday, May 1, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Khashoggi sudah mati – Trump

    WASHINGTON, 19 Okt – Presiden Donald Trump berkata semalam beliau percaya wartawan Jamal Khashoggi sudah mati dan memberi amaran tentang kesan ‘amat serius’ sekiranya Arab Saudi terbukti bertanggungjawab.

    “Nampaknya begitulah kesnya bagi saya. Ia amat menyedihkan,” beritahu Trump kepada wartawan apabila ditanya sama ada beliau percaya Khashoggi, yang hilang lebih dua minggu lalu, sudah mati.

    Ketika ditanya mengenai respons AS terhadap Arab Saudi, yang dituduh membunuh penulis ruangan Washington Post dan pengkritik rejim Saudi itu, Trump berkata: “Ia sangat serius. Ia adalah perkara yang teruk.”

    Dasar yang keras daripada pentadbiran Trump, yang keberatan menyalahkan sekutu Arab Saudi, meskipun bukti yang menunjukkan ejen Saudi membunuh dan memotong-motong bahagian tubuh badan Khashoggi di dalam pejabat konsulatnya di Istanbul lebih dua minggu lalu.

    Bekas orang dalam rejim, Khashoggi telah menjadi pengkritik Putera Mahkota Mohammed bin Salman, orang berpengaruh dalam tentera dan hubungan komersial di antara negara dan pentadbiran Trump.

    Beberapa jam sebelumnya, Setiausaha Negara AS Mike Pompeo berkata beliau telah memberitahu Trump bahawa Saudi harus diberikan ‘beberapa hari untuk menamatkan siasatan’.

    Hanya selepas itu, Pompeo berkata, “kami boleh membuat keputusan bagaimana atau jika Amerika Syarikat harus bertindak balas.”

    Dalam tanda-tanda yang menunjukkan bagaimana Saudi mungkin berusaha meredakan krisis diplomatik, akhbar The New York Times melaporkan pemimpin negara harus keluar dan menyalahkan Jeneral Ahmed al-Assiri, pegawai tertinggi risikan yang rapat dengan putera mahkota. – AFP

    Gambar fail yang diambil pada 9 Oktober 2018 menunjukkan para pembantah memegang gambar Khashoggi dengan kapsyen ‘Jamal Khashoggi hilang sejak 2 Oktober’ di depan konsulat Arab Saudi di Istanbul. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda