Sunday, May 11, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Khatam Al-Quran 41 kali semarak Ulang Tahun Hari Kebangsaan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 MAC – Majlis Khatam Al-Quran 41 Kali peringkat Kementerian Pertahanan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-41, tahun 2025 telah diadakan secara serentak di kesemua surau di perkhemahan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) termasuk Masjid Pulau Baru-Baru dengan tumpuan utama diadakan di Surau Al-Barakah, Pangkalan Tentera Udara Rimba pada pagi Jumaat.

    Hadir pada majlis tersebut ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Halbi bin Haji Mohd Yussof.

    Turut hadir ialah ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif Pertahanan dan Jawatankuasa Eksekutif ABDB, serta pegawai-pegawai dan anggota Kementerian Pertahanan.

    Turut diundang selaku jemputan khas ialah Setiausaha Tetap (Kebeliaan) Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Haji Zakaria bin Haji Serudin dan ketua-ketua Kampung Rimba 2 dan Kampung Rimba 4.

    Majlis Khatam Al-Quran tersebut disusuli dengan Doa Khatam Al-Quran dan Dikir Marhaban, seterusnya penyampaian ceramah bertajuk Mencapai Cita Negara Berpandukan Al-Quran oleh Guru Ugama Terlatih JAMA’AT, Pengiran Fakhrul Syakirin bin Pengiran Haji Zainuddin dan diakhiri dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

    Majlis yang diadakan pada bulan Ramadan penuh berkah ini bertujuan menyemarakkan Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-41 dengan pembacaan Al-Quran, selaras dengan hasrat menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai Negara Zikir, serta menzahirkan rasa syukur, memohon doa untuk keamanan dan kemakmuran negara, dan mengagungkan kesucian Al-Quran di kalangan pegawai-pegawai serta kakitangan Kementerian Pertahanan.

    Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Halbi semasa hadir ke Majlis Khatam Al-Quran 41 Kali peringkat Kementerian Pertahanan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-41. – GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN PERTAHANAN
    GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN PERTAHANAN

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda