Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Jun – Perkumpulan Kebajikan Isteri dan Keluarga Polis (PEKERTI), kelmarin, telah mengadakan majlis khatam Al-Quran dan tadarus bertempat di Rumah Aman, Ibu Pejabat Polis, Gadong.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah isteri Pesuruhjaya Polis, Datin Hajah Kamariah binti Haji Abdul Hamid selaku Yang Di-Pertua PEKERTI.
Turut hadir ialah Pengerusi PEKERTI, Pengiran Zauyah binti Pengiran Haji Sulaiman, ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi PEKERTI dan ahli-ahli dari kelima-lima cawangan PEKERTI.
Seramai 70 orang ahli PEKERTI telah ikut serta dalam acara bertadarus di sepanjang bulan Ramadan dari kelima-lima cawangan di bawah PEKERTI.
Majlis berkenaan merupakan salah satu aktiviti tahunan PEKERTI dan dikendalikan oleh Badan Keugamaan PEKERTI yang bertujuan untuk menyemarakkan lagi suasana di bulan Ramadhan di samping mendekatkan diri dengan Al-Quran dan meningkatkan hubungan silaturahim di antara semua ahli.