Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 3 NOV – Dalam menyemarakkan lagi Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW, jemaah tadarus Al-Quran Masjid Kampung Sungai Besar telah mengadakan majlis khatam Al-Quran yang berlangsung di masjid berkenaan,
hari ini.
Pada majlis tersebut, bacaan ayat-ayat lazim yang bermula daripada Surah Ad-Dhuha sehingga Surah An-Nas beramai-ramai telah dipimpin oleh Awang Abdul Rahim bin Begawan Pehin Si-Raja Khatib Dato Seri Setia Haji Mohd Tamin yang juga mempimpin bacaan takhtim dan Doa Khatam.
Ketua Imam Masjid Kampung Sungai Besar, Pengiran Haji Mohd Solehin bin Pengiran Haji Tajuddin pada majlis itu berkata, mereka mengambil sukut baik dan keberkatan mengadakan majlis khatam bagi menyemarakkan lagi sambutan sempena Hari Keputeraan Junjungan Besar, Nabi Muhammad SAW.
Beliau yakin bahawa majlis berkenaan juga merupakan peluang untuk merapatkan lagi hubungan jemaah dan mengukuhkan lagi ikatan persaudaraan di samping memeriahkan lagi sambutan.
Dengan adanya majlis seumpamanya, beliau berharap aktiviti bertadarus akan terus diadakan dari semasa ke semasa di samping akan mendapat penyertaan lebih ramai jemaah terutama golongan remaja.
Doa Selamat dan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam dibacakan oleh Pengiran Haji Mohd Solehin.

