Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Khatam Al-Quran raih keberkatan

    Oleh Azlan Othman

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 JAN – Kumpulan tadarus Al-Quran, Nur Rahmah dari Masjid Hassanal Bolkiah, Kampung Mentiri telah menyemarakkan permulaan tahun ini dengan majlis khatam Al-Quran, kelmarin.

    Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh imam masjid berkenaan, Haji Shamsul bin Haji Abdul Latif.

    Manakala bacaan surah-surah lazim diketuai oleh perintis tadarus Al-Quran secara maya dan tadarus Al-Quran pada waktu subuh di masjid tersebut, Haji Annuar bin Penghulu Haji Ibrahim, yang juga membacakan Takhtim.

    Majlis diakhiri dengan Doa Khatam dan Doa Peliharakan Sultan oleh imam masjid berkenaan.

    Tadarus Al-Quran pada waktu subuh diadakan secara fizikal selepas solat fardu Subuh dan disertai secara maya oleh peserta-peserta dari pelbagai masjid.

    Semasa acara itu, Haji Annuar turut menerima cenderahati yang disampaikan oleh imam masjid berkenaan.

    Majlis tersebut diadakan adalah untuk meraih berkat dan sebagai tanda melahirkan kesyukuran selepas mengkhatamkan Al-Quran yang bermula pada Januari tahun lalu.

    Ia juga diadakan untuk mengukuhkan lagi hubungan silaturahim dan mencari ganjaran berlipat ganda daripada Allah SWT.

    Kumpulan tadarus Al-Quran Nur Rahmah bergambar ramai selepas majlis tersebut.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda