Sunday, October 6, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Khatam Al-Quran sempena Hari Keluarga

    Oleh Nurdiyanah R. –

    TUTONG, 27 NOV – Demi sama-sama menyemai amalan pembacaan kalam Allah sambil menjalinkan ukhuwah, sebuah keluarga dari Kampung Sengkarai, Daerah Tutong telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran bagi menandakan berakhirnya program Satu Minggu Satu Juzuk bersempena Hari Keluarga, baru-baru ini.

    Lebih 30 orang ahli Keluarga GAZ telah menyertai majlis berkenaan yang telah diadakan di Dewan Utama, Kompleks Dewan Kemasyarakatan.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan selaku Ketua Kampung Sengkarai.

    Ketika ditemui Media Permata, Yang Berhormat Awang Abdul Aziz menyatakan majlis sedemikian perlu diteruskan pada bila-bila masa bukan hanya pada waktu-waktu tertentu seperti bulan suci Ramadan.

    Ia juga sebagai usaha untuk sama-sama memperbaiki bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan terus meningkatkan amalan dalam meniti kehidupan yang sementara ini, tambah beliau.

    Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bergambar bersama para peserta yang diraikan di Dewan Utama, Kompleks Dewan Kemasyarakatan, Daerah Tutong, baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN KELUARGA GAZ
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda