Wednesday, February 5, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Khatam Al-Quran zahir kesyukuran

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 DIS – Jemaah Tadarus Al-Quran Subuh Masjid Kampung Salambigar mengadakan Majlis Khatam Al-Quran yang berlangsung di masjid berkenaan, hari ini, sebagai menzahirkan kesyukuran selepas tamatnya bacaan 30 juzuk Al-Quran.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai dan bacaan surah-surah lazim yang bermula dari Surah Ad-Dhuha sehingga Surah An-Nas, diketuai pembimbing tadarus subuh di masjid berkenaan, Awang Mohd Yahya bin Haji Osman.

    Di majlis itu, bacaan Doa Khatam dibacakan oleh imam masjid berkenaan, Haji Abdul Halim bin Haji Bungsu manakala Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam dibacakan oleh Awang Makhadzir bin Awang Haji Ahmad.

    Turut hadir ialah mantan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan, Haji Malik bin Haji Mohammad.

    Majlis berkenaan merupakan salah satu ibadah bagi ahli-ahli tadarus subuh masjid yang juga bertujuan mengimarahkan masjid berkenaan.

    Gambar ramai para peserta khatam yang diadakan di Masjid Kampung Salambigar, kelmarin. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda