Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Khatam peringati ulang tahun penubuhan

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 OKT – Masjid Hassanal Bolkiah, Kampung Mentiri kelmarin mengadakan Majlis Khatam Al-Quran dan Doa Kesyukuran bagi memperingati ulang tahun ke-6 perasmian masjid berkenaan.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pengarah Biro Kawalan Narkotik, Dato Paduka Mohd Zailani bin Haji Ismail yang memimpin bacaan Surah Al-Fatihah bagi memulakan majlis.

    Majlis juga diselajurkan dengan bacaan doa bagi memohon perlindungan dan keselamatan untuk rakyat dan negara Palestin.

    Masjid Hassanal Bolkiah telah berkenan dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan diselajurkan dengan sembahyang Fardu Jumaat pada 23 Jun 2017.

    Masjid berkenaan adalah bagi menggantikan Masjid Rancangan Perumahan Negara Kampung Mentiri yang terlibat dalam kebakaran pada 5 April 2017.

    Para jemaah yang menghadiri Majlis Khatam Al-Quran dan Doa Kesyukuran bagi memperingati ulang tahun ke-6 perasmian Masjid Hassanal Bolkiah, Kampung Mentiri. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda