Thursday, November 30, 2023
25.8 C
Brunei

    -

    KHEDN adakan hari terbuka

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 NOV – Pelbagai aktiviti telah disusun bagi mengisi acara Hari Terbuka Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) bagi 2023 yang telah dirasmikan di Dewan Serbaguna, Ibu Pejabat, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), Berakas, hari ini.

    Acara tiga hari itu telah dirasmikan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman.

    Majlis juga diselajurkan dengan perasmian Pelan Strategik KHEDN Tahun 2023 hingga 2027 dan Katalog Produk Insaf daripada Jabatan Penjara.

    Yang Berhormat Dato dalam ucapannya berkata, program berkenaan merupakan salah satu usaha kementerian untuk membuka ruang kepada orang ramai untuk berinteraksi secara langsung dan mengetahui lebih dekat berkenaan fungsi, peranan dan tugas tanggungjawab kementerian berkenaan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

    Program seumpamanya, tambah beliau, juga merupakan wadah bagi kementerian untuk membarigakan dan menyalurkan maklumat terkini dan tepat termasuk perkemba-ngan baharu dalam menyampaikan perkhidmatan-perkhidmatan, inisiatif-inisiatif termasuk penggunaan teknologi maklumat, dan akta-akta serta peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin diberikan tunjuk ajar mengenai tatacara penggunaan alat pemadam api yang diungkayahkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin semasa melawat salah satu petak pameran. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Antara pelajar sekolah yang menyertai demonstrasi berkenaan. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    Di samping itu, orang ramai juga dapat mengemukakan sebarang cadangan dan persoalan yang berkaitan dengan perkhidmatan yang diberikan. Ini termasuklah peranan dan tanggungjawab di peringkat akar umbi yang sudah setentunya sebagai orang yang pertama ditemui oleh orang kampung jika terdapat sebarang perkara yang memerlukan perundingan dan tindakan-tindakan tertentu.

    Menurut Yang Berhormat Dato, pelbagai aktiviti telah disusun di mana selain pameran yang dapat disaksikan di sekeliling dewan, sesi demonstrasi daripada Jabatan Penjara dan JBP juga akan diadakan.

    Atur cara lain akan memuatkan Talk Series yang akan mengetengahkan pelbagai topik yang berkaitan dengan perkhidmatan antaranya Lesen Pekerja Asing dan Maklumat Agensi Pekerjaan; Hiburan Awam; Penguatkuasaan Akta dan Peraturan, Peranan Penghulu Mukim dan Ketua Kampung, Majlis Perundingan Mukim dan Kampung, dan juga mengenai dengan pengurusan bencana kebangsaan.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan KHEDN, acara berkenaan juga diselajurkan dengan Sesi Muzakarah Bersama Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN) selepas majlis perasmian di Mes Pegawai, Dewan Serbaguna, JBP, Berakas yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin.

    Sesi muzakarah bertujuan untuk mengongsikan inisiatif yang telah dan sedang dilaksanakan serta perancangan-perancangan strategik KHEDN dan jabatan-jabatan di bawahnya, serta buah fikiran dan apa jua perkara atau isu ke arah kesejahteraan orang awam dan pembangunan negara.

    Ahli-ahli MMN juga berpeluang untuk berinteraksi dengan lebih dekat lagi bersama pihak pengurusan atasan kementerian serta ketua-ketua jabatan dan bahagian.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    China gesa gencatan senjata menyeluruh segera

    BEIJING, 30 NOV - China hari ini menggesa ‘gencatan senjata kemanusiaan yang berterusan’ dalam konflik Israel-Hamas dalam kertas jawatan yang dikeluarkan oleh kementerian luarnya. "Pihak-pihak...