Monday, October 7, 2024
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    KHEDN anjur kejohanan futsal sempena HPA

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 OKT – Sebanyak 11 buah pasukan akan beraksi dalam kategori veteran dan 12 buah pasukan bersaing dalam kategori terbuka dalam Kejohanan Futsal Antara Kementerian-kementerian sempena Hari Perkhidmatan Awam (HPA) Ke-31.

    Sehubungan dengan itu, Mesyuarat Pengurus-pengurus Pasukan bagi Kejohanan Futsal Antara Kementerian-kementerian Sempena Hari Perkhidmatan Awam (HPA) Ke-31, 2024 telah diadakan di Dewan Teater, Aras Bawah Pejabat Daerah, hari ini.

    Pengarah Pentadbiran Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Haji Amir Azman bin POKPS DP Haji Abdul Rahman selaku pengerusi kejohanan berkenaan, berkata kejohanan itu akan menjadi landasan terbaik untuk meningkatkan potensi pemain serta mencungkil bakat pemain di kalangan warga perkhidmatan awam.

    Beliau menyatakan bahawa di samping memeriahkan lagi Sambutan HPA, kejohanan itu akan menampilkan persaingan menarik dari semua pasukan untuk memburu kejuaraan.

    “Menerusi kejohanan ini, adalah sebagai wadah untuk mengeratkan lagi hubungan muhibah dan mesra bagi semua kementerian,” ujar beliau.

    Kejohanan yang dikendalikan oleh KHEDN itu akan mengadakan kategori veteran dan kategori terbuka akan dibahagikan kepada 2 kumpulan yang akan bersaing secara liga di mana 2 pasukan terbaik akan mewakili kumpulan untuk mara ke peringkat separuh akhir sebelum melangkah ke final.

    Haji Amir Azman ketika mempengerusikan mesyuarat pengurus-pengurus pasukan berkenaan.
    Gambar ramai Haji Amir Azman bersama pengurus-pengurus pasukan. – GAMBAR SERAHAN JAWATANKUASA KEJOHANAN  FUTSAL ANTARA KEMENTERIAN-KEMENTERIAN

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda