Wednesday, February 5, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    KHEDN bertahlil di Kubah Makam Diraja

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 OKT – Sempena Sambutan Memperingati Hari Ulang Tahun Penukaran Nama Bandar Brunei kepada Bandar Seri Begawan Kali ke-53 bagi Tahun 2023, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) melalui Jabatan Bandaran Bandar Seri
    Begawan telah mengadakan Majlis Membaca Surah Yasin dan Tahlil di Kubah Makam Diraja.

    Majlis berkenaan khusus bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul Azim.

    Hadir pada majlis berkenaan ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman.

    Bacaan Surah Yasin dan tahlil telah dipimpin oleh Imam Tingkat 1, Masjid Al-Muhtadee Billah, Kampung Sungai Kebun, Awang Muhd Arif bin Haji Johari.

    Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri hadir pada majlis itu. – Gambar oleh Muiz Matdani
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda