Tuesday, March 25, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    KHEDN hayati pengajaran dalam majlis Nuzul Al-Quran

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 MAC – Kehebatan dan kemuliaan penurunan Al-Quran dapat dilihat kesannya dalam pembinaan tamadun ummah serta penghayatan para sahabat Nabi Muhammad SAW terhadap Al-Quran.

    Ini adalah antara yang dibincangkan oleh pensyarah di Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Professor Dato’ Dr Haji Zulkifly bin Haji Muda semasa menyampaikan ceramah di Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran bagi Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan-jabatan di bawahnya sempena Sambutan Nuzul Al-Quran bertajuk Nuzul Quran Merubah Dimensi Kehidupan Mukmin kelmarin.

     Professor Dato’ Dr Haji Zulkifly semasa menyampaikan ceramah.

    Majlis di bawah kelolaan Jabatan Buruh, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) tersebut telah diadakan di Dewan Serbaguna kementerian berkenaan dengan kehadiran Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman selaku tetamu kehormat majlis.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin hadir selaku tetamu kehormat di majlis berkenaan.

    Majlis berkenaan dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Qari jemputan, Haji Mohammad bin Ali, johan Musabaqah Tilawah Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 2020 dan 2022. Manakala, intisari ayat dibacakan oleh Pegawai Skim Perantisan Perkhidmatan Awam (SkiPPA), Jabatan Buruh KHEDN, Dr Muhammad Haziq bin Haji Shahjahan.

    Haji Mohammad memulakan majlis dengan bacaan Al-Quran.

    Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat dan Doa Peliharakan Sultan yang dipimpin oleh Pegawai Pemantau Zon 4, Pejabat Hal Ehwal Masjid, Daerah Brunei dan Muara, Pengiran Haji Mohd Hafizuddin bin Pengiran Haji Bakar.

    Turut hadir di majlis tersebut adalah para ahli Majlis Mesyuarat Negara di kalangan penghulu-penghulu mukim dan ketua-ketua kampung, setiausaha tetap, timbalan setiausaha tetap, ketua-ketua jabatan, penghulu mukim dan ketua kampung serta pegawai-pegawai dan kakitangan KHEDN dan jabatan-jabatan di bawahnya.

    Antara yang hadir dimajlis itu.- GAMBAR-GAMBAR SERAHAN KHEDN
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda